PENYANYI Aina Abdul tidak menjangka penggunaan perkataan ‘takda’ dalam lirik lagu terbaharunya berjudul Sadis akan mengundang kritikan daripada netizen.
Menjelaskan mengenai perkara itu, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 32, memberitahu ‘takda’ dipilih kerana ia merupakan perkataan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian.
“Alhamdulillah orang masih tunjuk minat dalam apa saya buat walaupun berbentuk kecaman. Saya tak jangka ia akan menjadi kecaman pun, saya ingat benda itu orang akan rasa pembaharuan daripada saya sahaja.
Aina berkongsi perkara itu ketika ditemui media.

Aina harap netizen lebih bersifat terbuka. 



