PENYANYI Aina Abdul tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi sebarang trofi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).
Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 32, berkata dia hanya mahu membawakan lagu ciptaannya berjudul Kamu itu sebaik mungkin pada malam berkenaan.
"Kita manusia kan, kalau sebelum ini, dah menang persembahan terbaik, nak menang vokal juga. Dah vokal, nak nombor satu. Tapi kali ini saya harap saya tak menipu diri sayalah.

Aina menjanjikan persembahan terbaik di pentas AJL40.






