KOMPOSER Ajai tampil mempertahankan penyanyi Aisha Retno yang menerima kritikan netizen selepas dilantik sebagai salah seorang juri program realiti nyanyian Big Stage X Rocketfuel.
Menurut Ajai atau Mohd Faizal Maas, 51, pemilihan seseorang sebagai juri tidak seharusnya diukur berdasarkan usia atau tempoh pengalaman semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira bakat, kreativiti dan pemahaman terhadap perkembangan industri muzik semasa.
“Kadang-kadang bakat itu tidak mengira usia. Dia (Aisha) juga mempunyai kelebihan tersendiri. Walaupun pengalaman hanya dua atau tiga tahun, tetapi kerana mempunyai nilai artistik dan bakat semula jadi, dia tahu trend semasa.

Ajai mempunyai pengalaman sebagai juri Big Stage.





