PELAKON Zul Yahya tetap dengan pendiriannya untuk tidak kembali ke dunia lakonan walaupun sudah lebih sedekad meninggalkan inudustri seni.
Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 53, keputusan itu dibuat demi kebaikan anak-anak selain mahu memberi sepenuh perhatian terhadap perniagaan yang diusahakannya.
“Dulu memang pernah ada tawaran, tetapi mungkin ramai sudah tahu saya akan menolak, jadi sekarang saya tidak lagi menerima apa-apa tawaran.

Zul tetap dengan pendiriannya.





