KUNJUNGAN ahli keluarga secara mengejut kadangkala boleh menimbulkan situasi kurang selesa, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan soal persediaan tuan rumah dan kekangan kewangan rumah tangga.
Demikian luahan sayu seorang wanita yang berkongsi pengalaman berdepan situasi sukar apabila ibu mentuanya bertandang tanpa sebarang perancangan awal, sekali gus menyebabkan dia dan suami berada dalam dilema dan serba salah.
Menurut wanita itu, mereka tinggal jauh daripada keluarga mentua dan hanya dimaklumkan mengenai kedatangan mengejut ibu mentuanya kira-kira 15 minit sebelum tiba di rumah.






