ISU berkaitan kebanjiran etnik Rohingya terus menjadi perbualan hangat di media sosial apabila ramai netizen mula tampil berkongsi pengalaman pahit masing-masing ketika berdepan kumpulan berkenaan.
Terbaharu, menurut perkongsian seorang wanita, dia dan suaminya mendakwa pernah berdepan detik menjengkelkan melibatkan kes kecurian yang didakwa didalangi oleh jiran berbangsa Rohingya.
Namun apa yang lebih mengejutkan dan mencuri perhatian, dia mendakwa jiran Rohingya itu mendapat ‘perlindungan’ daripada seorang individu tempatan yang menggelarkan dirinya sebagai ‘ayahanda’.

Ramai pengguna media sosial berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan pendatang Rohingya. -Gambar hiasan AI





