PENGKHIANATAN dalam rumah tangga bukan sahaja meninggalkan luka yang mendalam kepada pasangan, malah boleh menjejaskan kepercayaan sehingga menimbulkan rasa syak wasangka berpanjangan.
Begitulah situasi perit yang dikongsikan seorang lelaki apabila mengakui teruk ‘dibasuh’ dan dimarahi isterinya selepas dia berulang kali menuduh wanita itu berlaku curang, meskipun tanpa sebarang bukti kukuh.
Menurut si suami, kemarahan isterinya memuncak apabila dia menuduh wanita itu sengaja menutup fungsi perkongsian lokasi di telefon bimbit, sedangkan keadaan sebenar hanyalah disebabkan masalah teknikal sistem yang tidak memaparkan lokasi semasa.






