KESEMPITAN hidup yang dilalui pelakon dan usahawan, Zul Yahya mendapat perhatian ramai apabila dia secara terbuka berkongsi mengenai masalah kewangan yang pernah dihadapinya.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 53, mendedahkan dia mengalami kerugian kira-kira RM1.1 juta dalam perniagaan sehingga berdepan risiko kehilangan rumah yang didiami bersama keluarganya.
Katanya, sekitar Februari lalu dia dikejutkan dengan notis lelongan yang dikeluarkan pihak bank terhadap kediaman tersebut.








