DALAM alam persahabatan, sikap saling membantu ketika berdepan kesulitan dianggap sebagai satu perkara biasa.
Bagaimanapun kepercayaan dan keikhlasan yang diberikan itu boleh bertukar menjadi kekecewaan terbesar apabila pertolongan yang dihulurkan langsung tidak dihargai.
Begitulah penderitaan dirasai seorang lelaki selepas niat baiknya membantu seorang kenalan rapat akhirnya bertukar menjadi beban emosi yang sangat berat sehingga kini.






