SEORANG pengguna media sosial berkongsi tentang kelembutan hati pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang secara terbuka menerima teguran mengenai cara berpakaian.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan menunjukkan paparan mesej yang dihantar kepada Bella dan meminta penyanyi itu lebih peka dalam menjaga adab penampilan.
Menjawab mesej tersebut, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, turut meluahkan rasa sedih selepas ramai mempertikaikan pemilihan gayanya.

Bella terbuka menerima teguran.





