TIDAK semua bentuk pembulian berlaku secara terang-terangan.
Ada juga bermula dengan bantuan kecil sebelum bertukar menjadi situasi di mana seseorang terasa seperti dipergunakan.
Begitulah pengalaman dikongsikan seorang individu yang mendakwa pernah dijadikan ‘runner’ tidak rasmi untuk membeli makanan rakan-rakan ketika menjalani latihan industri (internship), sehingga dia mula berasa kebaikannya diambil kesempatan.





