PUJIAN dan komen daripada golongan lelaki yang membanjiri media sosial seorang jejaka menimbulkan kegusaran dalam diri tunangnya.
Wanita berkenaan berkata, dia mula tertanya-tanya mengenai beberapa perkara selepas melihat kebanyakan tanda suka dan komen pada gambar tunangnya datang daripada kaum lelaki.
Menurut wanita itu, dia baru sahaja ditunangkan dengan lelaki pilihan keluarga dan hubungan mereka terjalin menerusi perkenalan kedua-dua orang tua mereka.






