SELEPAS 14 tahun mencipta fenomena menerusi drama Adam & Hawa, pelakon Nadiya Nisaa dan Aaron Aziz kembali dipertemukan dalam drama bersiri terbaharu berjudul Bidadari Tanpa Syurga.
Kata Nadiya atau Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 41, dia menganggap gandingan ini merupakan satu rezeki jika drama itu diterima baik peminat yang masih mengingati mereka.
“Selepas drama Adam Hawa kami ada berlakon sama dalam super tele Dekatnya Cinta tapi itu hanya drama pendek untuk novel kedua Adam Hawa.

Teraju utama drama Bidadari Tanpa Syurga, dari kiri: Syad, Aaron dan Nadiya.






