SELAKU ketua keluarga, seorang bapa pastinya sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kelangsungan hidup dan keselesaan anak-anak tercinta.
Namun, ujian hidup yang datang melanda bertubi-tubi adakalanya mampu meruntuhkan jiwa tabah mereka.
Begitulah kisah pilu yang dikongsikan seorang bapa apabila dia diuji dengan kesulitan hidup yang amat berat dalam tempoh satu hari sahaja akibat dihimpit masalah kewangan.
Lelaki yang menetap di Alor Setar, Kedah itu menceritakan, detik hitam dalam hidupnya itu bermula apabila kereta miliknya disita dan ditarik pihak bank.

Segelintir golongan peniaga sering dikaitkan dengan masalah kewangan. -Gambar hiasan AI





