Hiburan

Buat reviu menu pelik tapi tak kongsi lokasi kedai, Hasif Upin hormat permintaan pemilik

PENYANYI Hasif Upin tampil memberikan penjelasan susulan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia sengaja menghasilkan kandungan dengan memaparkan menu pelik tanpa mendedahkan lokasi premis bagi meraih perhatian netizen.

Menafikan tuduhan tersebut, Hasif atau Muhamad Hasif Sharaudin, 34, berkata dia tidak pernah berniat untuk menjatuhkan mana-mana peniaga atau memberikan gambaran buruk terhadap perniagaan mereka.

Kata Hasif, tindakan tidak memaparkan nama premis bukan bermaksud mahu menimbulkan spekulasi, sebaliknya menghormati permintaan pemilik perniagaan.

Perkongsian di Threads yang mendapat perhatian ramai.

Perkongsian di Threads yang mendapat perhatian ramai.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh