Hiburan

Didi Astillah perjelas video prank, dirakam dalam ‘private room’… “Abang Saddiq okay je”

PENYANYI Didi Astillah tampil menjelaskan situasi sebenar susulan video ‘prank’ (gurauan) yang dilakukan keluarganya ketika sambutan hari lahir ibunya iaitu Siti Zarina Astillah menjadi tular di media sosial.

Menurut Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, video prank tersebut dilakukan dalam sebuah bilik persendirian yang ditempah khas tanpa penglibatan pelanggan lain.

Malah, adik kepada pelakon Bella Astillah ini turut memaklumkan video berkenaan dirakam untuk tontonan keluarga sahaja sehinggalah ada antara mereka berkongsi di media sosial tanpa pengetahuan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh