Viral

Harapkan anak lelaki bermunajat selepas tibanya ajal, ibu tak tinggal harta untuk zuriat perempuan – “Mak cakap doa saya lambat sampai”

HARAPAN seorang wanita untuk menunaikan ibadah umrah bersama ibu tersayang tidak kesampaian apabila hasrat murninya itu ditolak mentah-mentah.

Lebih menyedihkan, kenangan pahit itu terus menghantuinya apabila si ibu meninggal dunia ketika dia belum sempat menyempurkan impian berkenaan.

Menurut wanita berkenaan, dia merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.

Bagaimanapun, arwah ibunya dahulu lebih bercita-cita untuk menunaikan umrah bersama anak-anak lelaki sahaja.

Melaksanakan ibadah haji dan umrah merupakan impian setiap umat Islam. -Gambar hiasan

“Masa mak masih hidup, dia tak mahu ikut saya pergi Tanah Suci. Alasannya sebab nak pergi dengan anak-anak lelaki,” luah individu yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.

Kisah duka itu tidak berhenti di situ.

Selepas ibunya menghembuskan nafas terakhir, wanita itu mendakwa tiada seorang pun daripada adik-beradik lelakinya tampil melaksanakan badal haji atau umrah buat arwah.

Malah menurutnya lagi, kesemua harta pusaka peninggalan arwah ibunya juga telah dilicinkan oleh adik-beradik lelaki, manakala dia langsung tidak menerima sebarang bahagian.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh