PELAKON Pablo Amirul menyokong pandangan diutarakan oleh pengarah Razaisyam Rashid mengenai cabaran besar untuk menarik orang ramai menonton filem di pawagam.
Menurut Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 41, antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah menurunkan harga tiket filem tempatan bagi menggalakkan lebih ramai penonton.
“Platform digital antara penyumbang dan dah sampai masa pawagam caj mahal-mahal kembalikan wayang bawah harga RM10.

Pablo berkongsi pendapat di hantaran yang dimuat naik oleh pengarah filem Tarung: Unforgiven.





