PARA petugas kesihatan, terutamanya yang berkhidmat di hospital kerajaan sememangnya berdepan cabaran amat besar dalam mengendalikan jumlah lambakan pesakit setiap hari.
Menurut seorang doktor wanita, tuntutan tugas yang terlampau kritikal adakalanya memaksa dia dan rakan sekerja berdepan dilema sehinggakan pernah terlepas waktu solat demi menyelamatkan nyawa manusia.
“Dark side kerja sebagai doktor di jabatan kecemasan (ED) yang sibuk (ialah) terlepas waktu solat.

Jumlah pesakit yang ramai menyebabkan doktor terpaksa bekerja lebih masa. -Gambar hiasan AI
“Saya pandang rakan sekerja dan kami berdua tahu perlu qada solat Asar dan Maghrib apabila menunaikan solat Isyak nanti.





