SELEPAS disahkan menghidap kanser tulang pada tahun lalu, pelakon Shahronizam berkongsi perkembangan terkini tahap kesihatannya yang semakin baik.
Shahronizam, 54, memberitahu dia masih perlu menjalani rawatan susulan selepas melakukan pembedahan membuang ketumbuhan dan radioterapi.
"Alhamdulillah, saya dah buang tumor dan buat radioterapi tetapi masih ada lagi rawatan yang perlu saya jalani mengikut jadual.

Shahronizam disahkan menghidap kanser pada November tahun lalu.






