PENGALAMAN berdepan gangguan mistik dipercayai angkara perbuatan sihir tidak pernah mematahkan semangat pelakon Datuk Remy Ishak untuk terus terlibat dalam dunia seni.
Bagi Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 44, biarpun mengambil masa untuk dia benar-benar pulih, namun setiap yang berlaku juga dianggap sebagai satu ujian buat dirinya.
“Saya ini pejuang! Memang ada rasa nak putus asa, tetapi dah masuk dua kaki dalam dunia ini, takkan nak tinggalkan begitu sahaja.

Remy lebih tenang dan tahu berdepan gangguan.






