KEHILANGAN insan tersayang pada usia yang begitu muda merupakan satu tamparan hebat buat sesiapa sahaja.
Manakan tidak, pada saat rakan sebaya lain sedang seronok bermanja, ada insan terpilih yang terpaksa akur apabila nikmat untuk berkasih sayang bersama ibu ditarik buat selama-lamanya.
Lebih menambah rasa pilu apabila mereka yang diselubungi kedukaan ini terpaksa berhadapan gurauan kasar serta ejakan daripada rakan yang tidak mempunyai rasa sensitif dan empati.






