SINDIRAN atau penghinaan daripada darah daging sendiri memang cukup menyakitkan apatah lagi apabila kata-kata diucapakan menusuk hati.
Seperti perkongsian wanita ini mengenai suaminya, dia berasa sedih melihat lelaki itu diperlekeh oleh adik kandung sendiri hanya kerana isu kecil iaitu mengenai kutipan wang bagi acara keluarga.
Kata wanita itu, dia sendiri tidak menyangka disebabkan hal kecil, seorang adik tergamak mengeluarkan kata-kata yang lebih tajam daripada pisau terhadap abang sendiri.
Penganjuran Hari Keluarga merupakan salah satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga. -Gambar hiasan AI



