SELEPAS tujuh tahun tidak beraksi di Malaysia, penyanyi antarabangsa Jason Mraz bakal kembali menghiburkan peminat menerusi konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung pada 31 Oktober depan.
Kepulangan penyanyi dan penulis lagu terkenal dari Amerika Syarikat itu diumumkan sebagai sebahagian daripada siri jelajah Asia yang bakal membawanya bertemu peminat di rantau ini.
Jason yang popular menerusi lagu I’m Yours menjanjikan persembahan penuh emosi dan tenaga positif dengan membawakan deretan lagu hit yang pernah melonjakkan namanya di persada muzik antarabangsa.
Jason janjikan persembahan yang mengimbau.






