PELAKON Sherry Ibrahim tidak ketinggalan menyertai ribuan peminat yang berebut mendapatkan tiket konsert BTS World Tour Arirang yang dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 Disember depan.
Menerusi satu hantaran di Threads, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 42, meluahkan rasa teruja selepas berjaya mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan kumpulan popular Korea Selatan itu.
Malah, menerusi video yang dikongsikan, pelakon berkenaan dilihat sukar menyembunyikan kegembiraannya selepas berjaya melepasi proses pembelian tiket yang mencabar.
Sherry sanggup berjaga untuk dapatkan tiket BTS.





