Viral

Gara-gara mi segera ‘bengkak’, kisah ‘mek’ Kelantan baru hijrah ke Selangor cuit hati ramai

SEORANG wanita mencuri perhatian warga maya apabila mengimbau kembali pengalaman lucu yang dialaminya ketika mula-mula berhijrah ke Selangor untuk menyambung pengajian di sebuah universiti awam, lebih sedekad lalu.

Mengenang kembali memori lama berkenaan, dia mengakui loghat Kelantannya pada waktu itu masih tersangatlah ‘pekat’ sehingga ia sering mencetuskan salah faham dan menjadi modal gelak tawa dalam kalangan rakan-rakan sekuliah.

Katanya, walaupun sudah cuba sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Melayu standard, pengaruh dialek negeri kelahirannya itu tetap gagal disembunyikan terutama apabila menyebut beberapa perkataan tertentu.

Banyak memori dan kenangan tercipta dengan rakan-rakan sekiranya tinggal bersama di kolej atau asrama. -Gambar hiasan AI

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh