RAMAI yang menganggap bidang perniagaan sebagai jalan pintas terbaik untuk keluar daripada tekanan dunia pekerjaan.
Namun realitinya dunia perniagaan menuntut pengorbanan masa, tenaga dan modal yang berterusan.
Susulan itu, seorang wanita yang berniaga sambilan menitipkan pesanan dan nasihat ‘makan dalam’ kepada golongan pekerja yang sering meluahkan hasrat untuk melepaskan jawatan semata-mata mahu berbisnes.






