KESETIAAN dan kebaikan seorang isteri sepatutnya menjadi perkara yang paling dihargai dalam sesebuah rumah tangga.
Namun berbeza pula bagi seorang lelaki yang mengakui kini berdepan dilema apabila merasakan perbezaan gaji antara mereka mula mengikis rasa cintanya kepada si isteri.
Dia secara jujur mengakui mula berasa kurang senang apabila gajinya melonjak naik sehingga melebihi RM5,000 tahun ini, sedangkan pendapatan isterinya kekal di takuk lama sekitar RM1,800 sejak awal perkahwinan.






