PENYANYI Ernie Zakri memohon orang ramai untuk tidak terburu-buru menilai lagu terbaharunya berjudul Tak Berlagu sebelum memahami konteks karya tersebut yang merupakan runut bunyi (OST) filem Khadam.
Kata Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, karya tersebut bukan sebuah lagu pop seperti yang sering dibawakan sebelum ini, sebaliknya ia dibentuk mengikut suasana filem berkenaan yang lebih sinematik dan beremosi.
“Lagu ini bukan lagu pop biasa yang saya rakamkan. Saya rasa komposer perlu meletakkan vibes filem juga dalam lagu ni.

Ernie mahu tampil kelainan dalam karya terbaharu.






