PELAKON Che Puan Sarimah Ibrahim menuntut penjelasan penerbit bagi memberikan jawapan sebenar punca filem Konspirasi dihentikan tayangan selepas seminggu di pawagam.
Menurut Sarimah, 48, kenyataan yang dikeluarkan produksi iaitu Elepgfilm Entertainment dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tidak menjawab persoalan ramai.
“Apabila dihentikan tayangan, kita bukan nak kata kecewa tapi kita tertanya. Itu yang saya nak tahu, kenapa? Sebab kita tak dapat jawapan.

Sarimah berkongsi perkara itu ketika ditemui media.
Filem Konspirasi dihentikan tayangan selepas seminggu. 



