PERKONGSIAN seorang badut penghibur tentang kebaikan dan sikap toleransi beberapa penduduk berbangsa Cina di Sitiawan, Perak tidak mengundang ketawa sebaliknya menyentuh hati masyarakat.
Cerita pemuda dikenali sebagai Mr Chibi atau lebih dikenali sebagai Ijat Belon, ketika hari kejadian dia menerima tugasan mengendalikan majlis hari jadi sebuah keluarga berbangsa Cina di Kampung Koh, Sitiawan.
Menurut Ijat, acara tersebut bermula 7.30 malam dan dan memohon kepada tuan rumah untuk tiba sedikit lewat bagi menunaikan solat terlebih dahulu.






