PENYANYI Syasya Rizal tidak menyangka perjalanan hidupnya menjadi inspirasi kepada orang lain apabila seorang individu meluahkan perkara itu ketika satu sesi pertemuan dipercayai berlaku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur.
Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkata momen itu membuatkan dia sedar bahawa perjalanan hidup seseorang tidak semestinya perlu sempurna untuk memberikan kesan kepada orang lain.
Katanya, pertemuan ringkas tersebut turut membuatkan dia menilai semula dirinya yang sebelum ini terlalu sibuk dengan tanggungjawab harian sehingga kadangkala mengabaikan emosi sendiri.







