SELEPAS tiga dekad mengukir nama dalam industri muzik, penyanyi Nourul berkongsi keterujaan apabila konsert solonya For You Nourul yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada malam Sabtu berjalan lancar.
Meskipun hanya sekadar pulang modal, Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 49, menganggap pencapaian itu cukup bermakna kerana konsert berkenaan lebih bersifat pelaburan peribadi yang lahir daripada minat mendalam terhadap dunia nyanyian.
“Alhamdulillah bagi saya pulangan modal sudah mencukupi. Saya percaya selepas ini lebih banyak pulangan masuk.

Rata-rata penonton memuji persembahan dan kemantapan vokal Nourul.







