PESTA buku sememangnya menjadi acara tahunan yang dinantikan ramai pencinta buku kerana ia menawarkan pelbagai judul menarik pada harga yang jauh lebih murah berbanding pasaran biasa.
Namun, bagi sesetengah pengunjung, pengalaman manis memburu buku kegemaran adakalanya diselangi dengan situasi kurang menyenangkan sehingga menimbulkan rasa rimas.
Menerusi satu luahan yang tular, seorang wanita berkongsi rasa kurang selesa dengan kehadiran segelintir jurujual yang aktif mempromosikan produk pendidikan kanak-kanak di sebuah pesta buku yang dikunjunginya.

Pesta buku sentiasa dipenuhi pelbagai lapisan masyarakat untuk mendapatkan naskah dengan harga murah. -Gambar hiasan AI





