MAHU memberikan kelainan dalam perjalanan kerjaya muzik mereka, kumpulan Wings bakal tampil dengan dua album baharu sebagai hadiah buat peminat.
Menurut vokalisnya iaitu Awie, penghasilan dua album ini bukan sekadar memenuhi tuntutan semasa atau mengejar populariti dalam dunia muzik tempatan.
Sebaliknya, Wings mahu mencari kepuasan untuk memberi kelainan kepada peminat yang setia menyokong kumpulan itu sejak 40 tahun lalu.

Awie berkongsi perancangan Wings melancarkan album baharu.






