IBU tiri sering kali digambarkan secara negatif oleh masyarakat sebagai seorang wanita yang bersikap garang, kejam dan tidak mesra terhadap anak tiri.
Namun, seorang wanita tampil berkongsi pengalaman berbeza apabila mengenang kembali kebaikan arwah ibu tirinya yang begitu banyak berjasa dalam membentuk kehidupannya sehingga dewasa.
Menurut wanita itu, arwah merupakan insan yang sangat bertanggungjawab serta penyayang tanpa pernah membezakan status anak kandung atau anak tiri.

Ibu tiri sering digambarkan sangat bertegas dengan anak tiri. -Gambar hiasan AI





