Viral

Kegiatan ‘swinger’ makin parah, perkahwinan lebih sedekad runtuh lepas suami ‘makan’ sepupu sendiri! – “Rasa janggal jumpa masa raya”

SEBUAH mahligai rumah tangga yang kelihatan bahagia dan normal pada pandangan mata kasar akhirnya hancur selepas pasangan suami isteri memilih gaya hidup menyimpang daripada norma Islam sehingga mencetuskan konflik sebelum berakhir dengan perceraian.

Menerusi satu pendedahan di Threads, seorang wanita berkongsi kisah benar mengenai sepasang suami isteri yang didakwa terjebak dalam komuniti swinger atau aktiviti bertukar pasangan selepas lebih sedekad membina mahligai perkahwinan.

Dakwa wanita itu, pasangan yang mengamalkan konsep perkahwinan terbuka (open marriage) ini menyertai beberapa kumpulan dalam talian berkaitan gaya hidup tersebut.

Namun, apa yang peliknya mereka dikatakan tidak pernah menjalinkan hubungan secara langsung dengan individu dalam kumpulan berkenaan, sebaliknya sekadar memberi kebebasan kepada pasangan untuk berkenalan dengan orang luar.

Individu yang terlibat dengan aktiviti swinger cenderung mendapat penyakit kelamin. -Gambar hiasan

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh