BAGI pasangan yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata atau TTC (Trying To Conceive), pertanyaan berkaitan anak sebenarnya boleh memberi kesan mendalam terhadap emosi mereka.
Lebih menyakitkan apabila soalan sensitif itu datang daripada individu yang rapat dan sepatutnya lebih memahami situasi dilalui.
Begitulah luahan seorang wanita yang mengakui tergores hati selepas menerima mesej daripada rakannya sendiri bertanyakan mengenai perasaannya yang belum dikurniakan zuriat.

Menjalani rawatan kesuburan adalah salah satu ikhtiar bagi pasangan TTC untuk mendapatkan zuriat. -Gambar hiasan AI



