PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tampil memberi kenyataan berhubung penamatan tayangan filem Konspirasi di pawagam Malaysia.
Menerusi satu kenyataan, Finas memaklum keputusan menarik semula tayangan dibuat oleh syarikat penerbit tanpa melibatkan arahan mana-mana pihak.
“Berdasarkan e-mel daripada pihak penerbit yang dikongsikan kepada FINAS, penerbit filem tersebut, Elepfilm Entertainment Sdn. Bhd., telah meminta supaya tayangan filem Konspirasi ditamatkan bermula pada tarikh berkenaan.

Tayangan ditamatkan bukan atas arahan mana-mana pihak.





