PERTANYAAN mengenai soal zuriat ketika berkumpul bersama keluarga besar boleh meninggalkan kesan emosi yang cukup mendalam, terutamanya bagi pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat atau trying to conceive (TTC).
Begitulah luahan pilu seorang wanita yang terkilan dengan gurauan tidak sensitif ibu mentuanya sendiri ketika pulang ke rumah keluarga suaminya sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Menurut wanita itu, suasana perayaan yang sepatutnya gembira bertukar hambar selepas adik ipar mengumumkan isterinya sedang hamil, sebelum si ibu mentuanya mengeluarkan kata-kata yang menggores hati.






