SEMPENA kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, Kuala Lumpur dijangka menjadi tumpuan utama jelajah konsert antarabangsa di Asia menerusi inisiatif KL Headline Season 2026, yang bakal menghimpunkan 25 persembahan artis global.
Menurut penganjur, Live Nation Malaysia, siri konsert berkenaan akan berlangsung di enam lokasi utama sekitar Kuala Lumpur dengan anggaran kehadiran mencecah 500,000 peminat dari dalam dan luar negara.
"Inisiatif ini merupakan usaha strategik untuk membawa lebih banyak hiburan langsung bertaraf dunia ke bandaraya ini," katanya.
BTS antara artis ditunggu peminat Malaysia.






