ISU kritikan terhadap filem Polong menjadi perhatian ramai selepas pelakon Mimi Lana membalas komen seorang pengguna Threads yang menyifatkan karya tersebut sebagai ‘sampah’.
Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 31, menegaskan bahawa pengalaman menonton filem adalah subjektif dan tidak semua karya memberi kesan yang sama kepada setiap penonton.
Namun baginya, penggunaan istilah ‘sampah’ terhadap sesebuah filem adalah keterlaluan, lebih-lebih lagi ia berkaitan usaha besar ramai pihak di belakang tabir.







