SUASANA pagi Aidiladha di rumah mentua bertukar hambar apabila seorang wanita berasa kecewa dengan sikap suaminya yang tiba-tiba ‘berangin’ apabila diminta membantu melakukan kerja dapur.
Cerita wanita ini, dia sejak awal pagi sibuk menguruskan anak-anak selain membantu menyediakan hidangan hari raya bersama ibu mentua dan adik ipar di dapur.
“Macam biasa kita pagi-pagi memang sibuk sebagai orang perempuan. Pastikan anak makan dan mandi. Dalam masa sama, tolong hidangkan makanan yang dipanaskan.






