BARU dua hari dilancarkan, lagu Ku Yang Berjuang nyanyian Danial Kifli sudah mencetuskan fenomena apabila berjaya memasuki carta trending selain menjadi bualan hangat pengguna media sosial.
Di sebalik sambutan luar biasa itu, ramai tidak mengetahui lagu berkenaan sebenarnya lahir daripada kisah hidup penuh duka komposernya sendiri iaitu Jal Arya.
Menurut Jal, dia pernah berada di ambang maut selepas terlibat dalam satu kemalangan serius sehingga menyebabkan dirinya koma dalam tempoh tertentu.

Danial berjaya membawakan lagu Ku Yang Berjuang dengan baik.





