TIDAK lokek berkongsi rezeki, penyanyi dan pelakon Azza Elite sering memberi makanan secara percuma ketika dia menjalankan perniagaan makanan di mana-mana lokasi.
Lebih istimewa, Azza atau Nor Azzarima Zawari, 49, akan memastikan stok jualan dibuat dalam kuantiti yang banyak supaya boleh diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) atau mereka yang berdepan masalah kesihatan.
“Kalau buat 1,000 kek untuk jualan, saya akan suruh kitchen buat lebih kurang 1,100. Kalau 2,000, saya akan suruh buat 2,100.

Azza bermurah hati untuk berkongsi rezeki.






