PEMILIHAN nama anak selalunya menjadi momen istimewa buat ibu bapa kerana ia membawa makna dan harapan tersendiri kepada cahaya mata yang dilahirkan.
Namun bagi seorang wanita, pengalaman memilih nama anak bertukar menjadi perkara menyakitkan hati apabila mendakwa iparnya masuk campur sehingga memandai-mandai menukar nama tanpa persetujuannya.
Menerusi satu luahan di Threads, wanita itu mengakui terkilan dengan tindakan kakak iparnya yang didakwa melebih-lebih dalam urusan keluarga mereka.






