PENAMPILAN terbaharu pelakon Julia Farhana mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat tidak lagi memakai hijab.
Menerusi perkongsian semula di Instagram miliknya, Julia atau Julia Farhana Marin, 32, hadir melakukan rawatan kening di sebuah salon kecantikan tanpa memakai tudung.
Malah, dia secara ringkas menulis rawatan tersebut sentiasa menjadi pilihannya sebagai tanda promosi perniagaan berkenaan.






