TINDAKAN seorang lelaki yang pernah tergamak menghalau bekas isteri bersama anak-anak keluar dari rumah akhirnya memakan diri sendiri apabila dia kini menerima nasib yang sama selepas rumah tangga baharunya turut berantakan.
Kisah itu dikongsi oleh bekas isteri pertama, yang mengaku hanya mampu ketawa apabila lelaki tersebut datang menceritakan nasib malangnya selepas dihalau keluar bekas isteri kedua.
Difahamkan, lelaki itu dihalau menjelang tarikh perbicaraan kes penceraian di mahkamah kerana rumah didiami mereka selama ini atas nama wanita tersebut.






