DALAM sesebuah perhubungan, sikap saling memahami dan menghormati ruang peribadi antara pasangan sememangnya menjadi salah satu kunci utama kepada kebahagiaan rumah tangga.
Begitulah dilema yang dihadapi oleh seorang wanita apabila dia mengakui berasa sangat sedih selepas mengetahui pendirian tunangnya mengenai soal kebebasan untuk berkawan selepas mereka berkahwin kelak.
Menurut wanita itu, perbualan tentang topik tersebut berlaku ketika mereka sedang berbual santai menjelang hari bahagia yang hanya tinggal sebulan sahaja lagi.

Komunikasi yang baik dan sikap saling memahami antara pasangan amat penting sebelum melangkah ke alam perkahwinan. -Gambar hiasan AI



