JAGUH Muay Thai sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar secara terbuka menyuarakan pandangan berani bahawa sukan tempur itu mula mendapat tempat dan meledak di Malaysia hasil daripada pendekatan unik yang dibawanya.
Menurut Johan atau lebih mesra disapa Jojo, sebelum era popularitinya melonjak naik seperti sekarang, sukan Muay Thai kurang mendapat perhatian umum dan seolah-olah hanya dikenali dalam kalangan komuniti tertentu sahaja.
“Jojo tanya tau… sebelum Jojo, ada orang tahu sangat ke Muay Thai? Kumpulan komuniti Muay Thai tahu la… tapi sebelum tu siapa yang tengok?






